Home Nasional Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak
Nasional

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak

Foto RTM

KUALA PERLIS, 2 Februari– Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) menghulurkan sumbangan tujuh biji bola sepak kepada pasukan bertanding dalam Liga Bola Sepak Tertutup DUN Kuala Perlis, sebagai usaha membantu pembangunan sukan itu serta penglibatan belia.

Menurut Presiden MBNPs, Mohd Jeffry Hassan, sumbangan itu antara lain untuk membantu menaikkan lagi minat serta impian anak-anak tempatan menceburi sukan bola sepak dan pihaknya akan terus komited dalam membantu pembangunan sukan di Perlis.

\”MBNPs akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan dalam memastikan setiap bakat tempatan yang ada diberi peluang serta platform yang terbaik untuk berkembang dan diketengahkan bagi menaikkan kembali nama negeri dalam sukan bola sepak,\” kata Mohd Jeffry kepada pemberita, hari ini.

Beliau memaklumkannya pada sesi penyerahan bola sepak di Padang Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis.

Liga Bola Sepak Tertutup DUN Kuala Perlis berlangsung selama dua bulan mulai 17 Januari hingga 17 Februari 2025 melibatkan penyertaan tujuh pasukan utama sekitar Kuala Perlis.

Antara pasukan bertanding ialah IKBN Kuala Perlis, Kampung Tengah, Kampung Tandiap, Kampung Tanah Baru dan Kampung Bahagia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....