Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional KEMAS sedia jadi 'feeder' kepada Sekolah Bangsa Johor
Nasional

KEMAS sedia jadi 'feeder' kepada Sekolah Bangsa Johor

KEMAS sedia jadi 'feeder' kepada Sekolah Bangsa Johor

Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Mohd Ghazi di Pejabat KEMAS, Putrajaya hari ini/Foto Facebook KEMAS

KUALA LUMPUR, 4 Februari – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyatakan kesediaan untuk berkolaboratif dengan Kerajaan Negeri Johor dalam memperkukuhkan pendidikan awal kanak-kanak menerusi pendekatan \”whole-of-government\”.

Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man, berkata, KEMAS bersedia menjadi ‘feeder’ kepada Sekolah Bangsa Johor, yang akan memfokuskan kepada STEM (Sains, Teknologi, Bahasa Inggeris, dan Matematik).

Menurut beliau, usaha ini seiring dengan projek rintis Smart Classroom KEMAS yang akan diperkenalkan bermula Julai ini di Putrajaya berasaskan pendekatan digital dan STREAM (Sains, Teknologi, Agama, Bahasa Inggeris & Matematik).

Selain itu, KEMAS turut meneruskan program lanjutan Pra Tahfiz bagi anak-anak TABIKA KEMAS yang telah memasuki sekolah rendah.

\”Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz menyambut baik usaha ini dan memberi jaminan akan membincangkan pelaksanaannya di peringkat Exco, termasuk memasukkan modul tahfiz atau hafazan di Sekolah-Sekolah Agama Johor.

\”Alhamdulillah, ini merupakan peluang untuk KEMAS berkolaboratif dengan Kerajaan Negeri Johor, ia juga menjadi cabaran kepada kami untuk memenuhi harapan Menteri Besar Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga komited dalam menyokong inisiatif pendidikan kanak-kanak dengan menyediakan peruntukan tambahan kepada Jabatan Persekutuan yang beroperasi di Johor, seperti sekolah, hospital, tentera dan polis.

\”Terima kasih kerana berkongsi aspirasi memecahkan tembok silo, iaitu tidak lagi bergerak secara berasingan dan bersendirian dalam menjayakan program-program berkepentingan masyarakat umum.

\”Insha Allah, melalui pendekatan ini, usaha dan program yang dijalankan akan memberikan manfaat yang lebih buat rakyat dan KEMAS,\” katanya.

Johor akan melaksanakan Sekolah Bangsa Johor di empat sekolah rintis yang akan bermula pada 17 Februari ini.

Sekolah Bangsa Johor merupakan inisiatif pendidikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor dengan menekankan pendekatan pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Bahasa Inggeris, dan Matematik).

Projek rintis ini bertujuan untuk memastikan pendidikan berkualiti dan berdaya saing, selaras dengan keperluan dunia moden.

Empat sekolah yang terlibat dalam projek rintis ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Puteri 2, Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Puteri 4, SMK Tasek Utara dan SK Tasek Utara.

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...