Home Nasional JPBN Sarawak diarah pantau situasi banjir dan tanah runtuh
Nasional

JPBN Sarawak diarah pantau situasi banjir dan tanah runtuh

JPBN Sarawak diarah pantau situasi banjir dan tanah runtuh

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg / Foto RTM

KUCHING, 29 Januari – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak diarahkan untuk terus memantau situasi banjir dan tanah runtuh yang menjejaskan penduduk di beberapa kawasan di negeri itu.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau telah mengarahkan Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah untuk mengambil langkah awal bagi menangani bencana tersebut.

Arahan itu susulan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan waspada yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sehingga 31 Januari ini.

\”Bencana ini telah menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal, kawasan industri turut terjejas dan terdapat kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa.

“Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri kini berada di Miri dan Bintulu untuk meninjau serta memantau keadaan semasa. Bagi pihak kerajaan, kita bersimpati dengan kehilangan nyawa di Miri dan berharap kawasan lain berwaspada,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....