Home Nasional JAIPk siasat khatib tukar teks Khutbah Jumaat
Nasional

JAIPk siasat khatib tukar teks Khutbah Jumaat

JAIPk siasat khatib tukar teks Khutbah Jumaat

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad / Foto Hiasan / Bernama

IPOH, 1 Februari – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan menjalankan siasatan terhadap seorang khatib yang didakwa menukar teks Khutbah Jumaat yang disediakan pihak berkuasa agama negeri dengan teks khutbah lain.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan tindakan tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan JAIPk bertanggungjawab menyediakan teks khutbah lebih awal berdasarkan peristiwa penting setiap bulan.

Menurut beliau, khutbah yang disediakan telah ditetapkan sebagai peringatan kepada jemaah, dan arahan berkaitan perkara itu telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

\”Arahan daripada MAIPk jelas menyatakan bahawa semua masjid dan semua imam perlu membaca khutbah yang telah disediakan. Jika terdapat mana-mana masjid atau khatib yang membaca khutbah selain daripada yang ditetapkan MAIPk, ini mungkin satu isu yang perlu disiasat. Saya percaya JAIPk dan MAIPk akan mengambil tindakan sewajarnya,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Pemerkasaan Masyarakat MADANI anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) peringkat negeri Perak, di sini.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa seorang khatib di Perak tidak membaca teks khutbah yang disediakan oleh JAIPk, sebaliknya menggunakan teks khutbah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....