Home Nasional Hujan berterusan dijangka di Sarawak, Sabah sehingga esok
Nasional

Hujan berterusan dijangka di Sarawak, Sabah sehingga esok

Hujan berterusan dijangka di Sarawak, Sabah sehingga esok

Foto hiasan

PETALING JAYA, 30 Januari– Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga esok.

METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di negeri Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis).

Manakala, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi).

Keadaan sama turut dijangka melanda negeri Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di negeri Sabah melibatkan pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....