Home Nasional Bentuk jawatankuasa khas bantu usaha pemulihan Gaza
Nasional

Bentuk jawatankuasa khas bantu usaha pemulihan Gaza

Bentuk jawatankuasa khas bantu usaha pemulihan Gaza

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggerakkan usaha membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza dalam usaha pembinaan semula wilayah itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata untuk itu, pihaknya akan membentuk dan mempengerusikan Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia.

\”Bagi tujuan itu, di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya akan membentuk dan mempengerusikan Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan JAKIM dan Yayasan Waqaf Malaysia untuk menggembleng potensi dan ruang komprehensif ke arah mendukung komitmen Perdana Menteri.

\”Jawatankuasa khas ini akan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri serta rakan-rakan strategik bagi mempertingkatkan kerjasama menyeluruh masyarakat dalam pembangunan semula Gaza,\” katanya dalam kenyataan.

Mohd Na\’im turut menyeru orang ramai bersama-sama berdoa agar segala perancangan yang disusun terlaksana dengan jayanya.

\”Semoga Allah SWT memberikan limpahan kesejahteraan dan kekuatan kepada rakyat Palestin menghadapi ujian berat ini,” katanya.

Anwar hari ini mengumumkan bantuan Malaysia dalam pembinaan semula Gaza dan Palestin akan dijalankan menerusi kolaborasi antara rakyat Malaysia dan sektor swasta.

Beliau berkata usaha pembangunan semula Gaza juga melibatkan kerjasama antara kerajaan Jepun dan Malaysia, yang berhasrat menubuhkan serta melancarkan dana melalui program Asia Timur.

Ahad lepas, gencatan senjata melibatkan tiga fasa antara kumpulan Hamas dan Israel mula berkuat kuasa dalam fasa satu meliputi tempoh enam minggu. Perjanjian hadir hanya selepas lebih 460 hari konflik menyebabkan kemusnahan besar kepada Gaza serta meragut nyawa puluhan ribu rakyat Palestin.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....