Home Nasional Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM Sarawak

KUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua negeri merekodkan 6,020 orang daripada 1,711 keluarga setakat pagi tadi dengan 35 pusat pemindahan sementara (PPS) masih yang masih beroperasi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan negeri Sarawak merekodkan penduduk terjejas banjir iaitu 5,845 orang daripada 1,664 keluarga. Sebanyak 33 PPS masih aktif di negeri itu.

Enam daerah di Sarawak merekodkan penduduk terjejas iaitu Bintulu (1,970) di tujuh PPS, Miri (1,404) di 10 PPS, Sibu (829) di lima PPS, Serian (792) di dua PPS, Mukah (408) di empat PPS, Samarahan (294) di tiga PPS.

Manakala di negeri Sabah merekodkan 175 penduduk terjejas daripada 47 keluarga dengan dua PPS yang masih aktif di daerah Kinabatangan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri Johor sehingga 2.00 petang ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....