Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102
Nasional

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102

FOTO APM SARAWAK

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Sarawak merekodkan penurunan penduduk terjejas banjir pagi ini iaitu 9,034 orang berbanding 9,200 tengah malam tadi, manakala Sabah kekal dengan 102 orang.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan 2,668 keluarga di Sarawak itu masih berlindung di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah, setakat 6.00 pagi ini.

Ia membabitkan daerah Bintulu (4,492) di sembilan PPS, Serian (1,525) di tujuh PPS, Miri (1,406) di 12 PPS, Sibu (823) di lima PPS, Samarahan (523) di empat PPS dan Mukah (265) di tiga PPS.

Sabah pula melibatkan 27 keluarga di daerah Kinabatangan yang ditempatkan di satu PPS pagi ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga esok, 5 Februari ini.

Amaran hujan berterusan (buruk) melibatkan kawasan di Sandakan, Sabah, merangkumi Telupid, Beluran dan Sandakan.

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah. Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat.

METMalaysia mengeluarkan kenyataan berkenaan pada 5.45 pagi tadi.

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...