Home Nasional Banjir Sabah-Sarawak kini meningkat kepada 15,032 orang
Nasional

Banjir Sabah-Sarawak kini meningkat kepada 15,032 orang

Banjir Sabah-Sarawak kini meningkat kepada 15,032 orang

Tinjauan dron di Taman Bukit Orang, Bintulu petang semalam menunjukkan air semakin naik dan menenggelamkan rumah penduduk sekitar di kawasan itu/Foto APM Sarawak

KUALA LUMPUR, 31 Januari – Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah dan Sarawak menunjukkan trend peningkatan kepada 15,032 orang termasuk 9,641 di Sarawak dan 5, 391 di Sabahsetakat 6.00 pagi ini.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA), sebanyak 94 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif dengan 56 daripadanya di Sarawak dan 36 di Sabah.

Antara daerah paling teruk terjejas di Sarawak ialah Bintulu dengan 4,021 orang daripada 1,087 keluarga ditempatkan di 6 PPS. Serian pula mencatatkan seramai 1,489 penduduk daripada 479 keluarga berlindung di 11 PPS, dan Selangau seramai 900 orang daripada 198 keluarga ditempatkan di 4 PPS.

Trend menunjukkan peningkatan jumlah penduduk terjejas di beberapa daerah seperti Bintulu, Selangau, Kuching, dan Miri, manakala kawasan seperti Serian dan Tatau menunjukkan penurunan.

Beberapa daerah lain seperti Siburan, Sebuyau, Sebauh, Asajaya, dan Gedung pula merupakan kawasan baharu yang dilanda banjir.

Di Sabah, sebanyak 36 PPS masih beroperasi dengan menempatkan 5,391 penduduk terjejas banjir daripada 1,820 keluarga.

Kota Marudu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 2,864 orang di sembilan PPS, diikuti Pitas dengan 768 orang dan Lahad Datu dengan 443 orang.

Keadaan di Sabah menunjukkan peningkatan di beberapa daerah seperti Pitas, Beluran, dan Paitan, manakala daerah lain seperti Kota Marudu, Lahad Datu, Telupid, Kota Belud, Sandakan, Beaufort, dan Tongod kekal tidak berubah.

Selain banjir, kejadian tanah runtuh turut dilaporkan di Miri, Sarawak, yang menjejaskan 131 orang dan memerlukan pembukaan dua PPS baharu.

Related Articles

Bilangan CCTV Seberang Perai bakal ditambah
Nasional

Bilangan CCTV Seberang Perai bakal ditambah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow / Foto RTMBAYAN LEPAS, 30...

PLKN: Keyakinan, disiplin pelatih dibentuk
Nasional

PLKN: Keyakinan, disiplin pelatih dibentuk

Foto FailKUALA LUMPUR, 30 Januari- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), platform terbaik...

Banjir dua negeri, Sabah catat peningkatan
Nasional

Banjir dua negeri, Sabah catat peningkatan

Foto RTMKUALA LUMPUR, 30 Januari- Seramai 6,595 orang daripada 2,083 keluarga terjejas...

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu terima 20 bot
Nasional

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu terima 20 bot

FOTO RTMBINTULU, 30 Januari- Sebanyak 20 buah bot telah diserahkan kepada Jawatankuasa...