Home Nasional Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Sarawak, Sabah meningkat
Nasional

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Sarawak, Sabah meningkat

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Sarawak, Sabah meningkat

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Januari – Jumlah penduduk terjejas banjir di Sarawak terus meningkat kepada 3,722 orang setakat pukul 11 malam ini, membabitkan 1,053 Ketua Isi Rumah (KIR) yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Bahagian Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,483 orang daripada 477 KIR berlindung di 15 PPS.

Banjir yang melanda Sarawak ketika ini turut menjejaskan enam bahagian, iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.

Sementara itu, di Sabah, jumlah mangsa banjir turut meningkat dengan lebih banyak PPS dibuka.

Setakat 11 malam, seramai 1,868 orang telah dipindahkan ke PPS, berbanding 548 orang pada 7.30 malam tadi.

Sebanyak 16 PPS telah diaktifkan di lapan daerah termasuk Kota Marudu, Beluran, Beaufort, Tongod, Telupid, Sandakan, Kota Belud dan Paitan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....