Home Nasional Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu terima 20 bot
Nasional

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu terima 20 bot

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu terima 20 bot

FOTO RTM

BINTULU, 30 Januari- Sebanyak 20 buah bot telah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu daripada Pusat Khidmat Jepak, dengan kerjasama syarikat swasta.

Sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan dalam operasi penyelamatan semasa bencana, terutamanya banjir.

Majlis penyerahan berlangsung di Pejabat Residen Bahagian Bintulu, disaksikan oleh ADUN Jepak, Iskandar Turkee, yang mewakili Pusat Khidmat Jepak. Turut hadir Residen Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti, serta wakil daripada agensi keselamatan dan penyelamat.

Sumbangan adalah daripada Somet Offshore Engineering & Service Sdn Bhd, Miripoly Industries Sdn Bhd, MOGSC, EIC (Oil & Gas Association) dan Armada Platinum Travel & Tours Sdn Bhd sebagai penyumbang utama.

Menurut Iskandar Turkee, bot-bot berkenaan akan digunakan oleh pelbagai agensi termasuk Pejabat Residen & Daerah Bintulu, PDRM, Bomba, APM serta jabatan dan agensi berkaitan dalam usaha menyelamatkan mangsa banjir di kawasan terjejas.

“Pihak saya dan seluruh ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bintulu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penyumbang atas sumbangan yang amat bermakna ini.

\”Bot-bot ini akan digunakan dalam membantu dalam menghadapi bencana alam seperti banjir yang memerlukan tindakan penyelamatan yang cepat dan efisien,” katanya.

Sumbangan tersebut mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kesiapsiagaan yang lebih baik di Bintulu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif itu debab harapan operasi menyelamat di kawasan yang berisiko banjir dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan pada masa hadapan.

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...