Home Nasional Banjir dua negeri, Sabah catat peningkatan
Nasional

Banjir dua negeri, Sabah catat peningkatan

Banjir dua negeri, Sabah catat peningkatan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Seramai 6,595 orang daripada 2,083 keluarga terjejas banjir di dua negeri, setakat pukul 9.40 malam tadi.

Menurut InfoBencanaJKM, sebanyak 68 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sabah dan Sarawak.

Di Sabah, seramai 4,396 penduduk daripada 1,464 keluarga terbabit dengan banjir, malam ini.

Angka berkenan meningkat, berbanding 3,835 orang daripada 1,285 keluarga terjejas setakat petang tadi.

Sebanyak 37 PPS dibuka di negeri itu; membabitkan 37 daerah.

\”Kota Marudu, 2,360 orang terjejas, Lahad Datu (432), Kota Belud (304), Telupid (406) dan Pitas (305).

\”Beluran, 190 orang terjejas, Sandakan (118), Beaufort (107), Tongod (54) dan Paitan (120),\” menurut kenyataan InfoBencanaJKM.

Sementara itu, di Sarawak, seramai 2,199 orang daripada 619 keluarga terjejas dengan banjir, setakat malam ini.

Angka berkenaan berkurang berbanding 2,300 orang daripada 632 keluarga yang terjejas petang tadi.

Sebanyak 31 PPS dibuka di Sarawak; membabitkan enam daerah terlibat.

\”Seramai 504 penduduk terjejas banjir di Sibu, Kuching (495), Serian (478), Samarahan (410), Miri (270) dan Bintulu (42), menurut kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....