Home Nasional Banjir di Sarawak memburuk, penduduk terjejas meningkat kepada 12,486 orang
Nasional

Banjir di Sarawak memburuk, penduduk terjejas meningkat kepada 12,486 orang

Banjir di Sarawak memburuk, penduduk terjejas meningkat kepada 12,486 orang

Keadaan banjir di Sarawak

KUCHING, 1 Februari- Keadaan banjir di Sarawak semakin memburuk dengan jumlah penduduk terjejas yang dipindahkan kini mencecah 12,486 orang, iaitu meningkat sebanyak 1,458 berbanding pukul 8.00 malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat pukul 8.00 pagi, sebanyak 62 pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif di seluruh negeri itu melibatkan 3,648 ketua isi rumah.

Di Bahagian Mukah, dua PPS baharu dibuka.

Bahagian Bintulu mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi dengan 2,043 orang ditempatkan di PPS Naim Paragon.

Sementara itu, di Serian, PPS Sekolh Kebangsaan (SK) Tanah Putih kini menempatkan 465 penduduk terjejas, manakala di Samarahan, PPS SK Sampun Tebun mencatatkan 313 penduduk yang dipindahkan.

Jumlah daerah yang terjejas akibat banjir kekal 17, melibatkan enam bahagian di negeri itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....