Home Nasional ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto
Nasional

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

ASEAN 2025: PM jumpa Thaksin bincang situasi Myanmar, pembangunan mata wang kripto

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, petang tadi.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Datuk Seri Anwar berkata pertemuan dengan Thaksin yang mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal Pengerusi ASEAN itu membincangkan pelbagai perkara penting termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.

\”Di sebelah malam, kami teruskan diskusi ini bersama bekas Menteri Luar Singapura, George Yeo,\” katanya dalam hantaran tersebut.

Pada 16 Disember lepas, Datuk Seri Anwar mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Malaysia secara rasmi mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025 pada 1 Januari, kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....