Home Pasaran Tekanan Ketidakpastian Kadar Faedah AS Heret Turun Bursa Malaysia
Pasaran

Tekanan Ketidakpastian Kadar Faedah AS Heret Turun Bursa Malaysia

Tekanan Ketidakpastian Kadar Faedah AS Heret Turun Bursa Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 9 Sept(Livevartha)–Saham-saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, mencerminkan kekurangan minat pelabur susulanperkembangan di Amerika Syarikat (AS) serta ketidaktentuan mengenai jumlah pengurangan kadar faedah di negara maju itu.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.63 mata kepada 1,651.49 berbanding paras 1,653.12 pada Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu dibuka turun5.92 mata kepada 1,647.20 dan bergerak dalam julat 1,642.31 hingga 1,659.11 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu738 berbanding 333 manakala 439 kaunter tidak berubah, 944 tidak diniagakan dan 16 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada3.38 bilion unit bernilai RM3.85 bilion daripada 2.35 bilion unit bernilai RM3.06 bilion, Jumaat lepas.

Sementara itu,Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Lengberkata indeks utama di peringkat serantau juga mengakhiri dagangan dengan lebihrendah didorong oleh kelemahan data ekonomi AS yang meningkatkan lagi kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS mungkin tidak ketara dari segimenyokong ekonomi terbesar dunia berkenaan.

“Biarpun pengurangan kadar Rizab Persekutuan September itu secara asasnya adalahpasti, tetapi pihakpelabur pula tidak yakin mengenai sejauh mana (jumlah) pengurangan berkenaan.

“Di peringkattempatan, indeks petunjuk utama berada dalam julat yang lebih terhad kerana pendirian pelabur yang kekal berhati-hati sertateragak-agak untuk mengambil kedudukan jelas berikutan ketidaktentuan ketara dialami ekuiti global," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...