Home Pasaran Sentimen Global Dorong Peningkatan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Sentimen Global Dorong Peningkatan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Sentimen Global Dorong Peningkatan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Livevartha)– Sentimen global yang memberangsangkan di tengah-tengah pasaran kerja Amerika Syarikat (AS) yang berdaya tahan, membantu peningkatan Bursa Malaysia ketika mengakhiri dagangan awal padaJumaat, kata peniaga.

Pada12.30 tengah hari, indeks utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.96 mata kepada1,599.34 daripada paras 1,590.38 di akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu menokok10.78 mata kepada 1,601.16 dan bergerak dalam julat 1,596.97 hingga 1,604.06 sepanjang sesi itu.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu1,039 berbanding 188 manakala 304 kaunter lain tidak berubah, 911 tidak diniagakan dan22 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak2.59bilion unit bernilaiRM1.45 bilion.

Data tuntutan pengangguran AS dengan pelarasan bermusim berjumlah233,000 bagi minggu berakhir 3 Ogos lepas — berkurangan sebanyak 17,000 dan lebih rendah daripada unjuran Dow Jones pada 240,000, sekali gus turut menepis kebimbangan mengenai kadar pengangguran serta kemelesetan di AS.

Dalam pada itu, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan minat belian berterusan akan turut melimpah kepada saham-saham tempatan.

“Susulan pemulihan dicatatkan Wall Street, kami percaya sokongan belian ini akan ketara di pasarantempatan membabitkan sektor pembinaan, hartanah, utiliti dan teknologi.

“Sektor-sektor itujuga penerima manfaat daripada pemangkin pusat data sertakecerdasan buatan," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...