Home Pasaran Saham Berkaitan YTL Pacu Peningkatan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Saham Berkaitan YTL Pacu Peningkatan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Saham Berkaitan YTL Pacu Peningkatan Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia meningkat padatengah hari Khamis, dipacu olehprestasi kukuh syarikat berkaitan YTL susulan pengumuman keuntungan bersih YTL Corporation Bhd yang melonjak hampir dua kali ganda,baru-baru ini.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.12 peratus atau 1.99 mata kepada 1,637.31 daripada1,635.32, semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 5.01 mata kepada 1,640.33. dan bergerak dalam julat 1,634.69 hingga 1,641.12 pada sesi pagi.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 545 berbanding 377dengan 452 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,123 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.19 bilion unit bernilai RM1.42 bilion.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata saham berkaitan YTL juga dijangka didagangkan lebih aktif, didorong oleh pengumuman pelaporan pendapatan korporat suku ke suku yang kukuh.

"Kegiatanpengambilan untung kekal ketaradi pasaran tempatan, sejajar dengan prestasi dicatatkan pasaranserantau.

“Susulan prestasi positif di Wall Street, kita mungkin melihat limpahan sokongan pembelian itu turut melandasektor teknologi tempatan," katanya dalam nota penyelidikanhari ini.

Pada masa sama, firma pembrokeran saham itu juga mengandaikan situasi membabitkan penularan cacar monyet mungkin memberisedikit rangsangan kepada saham-saham penjagaan kesihatan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...