Home Pasaran Ringgit Naik Berbanding Dolar AS Susulan Hasrat Trump Tingkatkan Tarif
Pasaran

Ringgit Naik Berbanding Dolar AS Susulan Hasrat Trump Tingkatkan Tarif

Ringgit Naik Berbanding Dolar AS Susulan Hasrat Trump Tingkatkan Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Livevartha) — Ringgit menokok sedikit berbanding dolar AS pada Rabu berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat selepas calon pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan hasrat menaikkan tarif import untuk melindungi dan meningkatkan ekonomi AS.

Pada 8.07 pagi, ringgit meningkat sehingga 4.3050/3180 berbanding dolar AS daripada 4.3080/3120 semasa ditutup semalam.

Bercakap kepada Livevartha, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada masa ini DXY bergerak pada sekitar 103.25 mata berbanding 100.76 mata bulan lepas.

Menurutnya ringgit boleh kekal lemah dalam tempoh terdekat berdasarkan trend global.

“Pada masa ini, dolar AS-ringgit berlegar agak hampir dengan paras rintangan segera pada RM4.3259.

“Kami berpendapat ringgit boleh terus didagangkan tidak berubah memandangkan peniaga menunggu pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat ini untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai langkah pembaharuan ekonomi, terutama dalam bidang berkaitan konsolidasi fiskal,” katanya.

Pada pembukaan dagangan, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang itu diniagakan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.6851/6993 berbanding 4.7013/7057 semasa akhir urus niaga pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6223/6393 daripada 5.6357/6410 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8864/8953 daripada 2.8928/8957 sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...