Saturday , 22 February 2025
Home Pasaran Ringgit Diunjur Terus Mengukuh, Diniagakan Sekitar 4.28-4.29 Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Diunjur Terus Mengukuh, Diniagakan Sekitar 4.28-4.29 Berbanding Dolar AS

Ringgit Diunjur Terus Mengukuh, Diniagakan Sekitar 4.28-4.29 Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Sept(Livevartha) — Momentum pengukuhan nilai ringgit dijangka berterusan pada minggu depan,diniagakan pada 4.28-4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (Fed) pada 17-18 September ini.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashidberkata sejajar jangkaanRizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu depan.

"Potensi itu dilihat berasasterutamaapabila Bank Negara Malaysia (BNM) dijangkatidak akan mengikuti langkah Fed kerana risiko kenaikan inflasi domestik yang masih ada," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata ringgit dan mata wang Asia lainberkemungkinan kekal mendapat sokongan pada minggu depan susulan jangkaan tindakan Fed berkenaan.

Atas alasan itu, beliau berkata ringgit sepatutnya cenderung mengukuh dalam unjuran julat 4.29-4.3150 berbanding dolar AS yang sebaliknya terus lemah.

"Namun, satu-satunya halangan adalah risiko pilihan raya AS. Prospek tinjauan yang memberi sokongan ketara terhadapNaib Presiden AS Kamala Harris daripada parti Demokrat akan menekan dolar ASmanakala persepsi yang berpihak kepada bekas Presiden Donald Trump sebaliknya akanmeningkatkan nilai mata wang negara maju itu,” katanya.

Pada Jumaat (13 Sept, 2024) ringgit mengakhiri urus niaga pada 4.2975/3050berbanding dolar AS, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan ketika peniaga menjangkakan pihak Fed meneruskan pengurangan kadar faedah dalam lingkungan 25-50 mata asas.

Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, nilai ringgit mengukuh pada paras4.2975/3050 berbanding dolar AS daripada 4.3275/3330, seminggu lepas.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup...