Home Pasaran Ringgit Diunjur Mengukuh Bawah 4.55 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mengukuh Bawah 4.55 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Ringgit Diunjur Mengukuh Bawah 4.55 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Livevartha) –Ringgit berkemungkinan mencatat pengukuhan ketara dengan mencecah paras di bawah 4.55 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Dalam tinjauan mingguannya terhadapringgit, Kenanga Investment Bank Bhd berkata prospek optimistik itu didorong oleh gabungan faktor seperti kesan negatif yang terhad terhadap pound Britain kesan daripada tindakan Bank of England menurunkan kadar faedah baru-baru ini selain tanda-tanda kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

“Indeks Pengurus Pembelian (IPP) Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS yang lemah pada 46.8, berbanding jangkaan konsensus 48.8, hanya membuktikancabaran ekonomi berterusan di negara maju berkenaan.

"Keadaan sedemikian berkemungkinan terus memberi tekanan kepada Indeks Dolar AS (DXY) yang cenderung susut dan sebaliknya berpotensi mengukuhkan ringgit untuk diniagakan di bawah 4.55 berbanding dolar AS,”katanya.

Bank pelaburan itu berkata data penggajian bukan perladangan dan kenaikan kadar pengangguran, akan turut meningkatkan lagi potensi Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedah, sekali gus mengukuhkan naratif penurunan dolar AS.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula memberitahu Livevartha, senario semasa menyaksikan jangkaan penurunan kadar AS terus mendapat momentum.

“Kesemua ini menunjukkan perbezaan kadar faedah antara Kadar Dana Fed dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan akan terus menyokong nilai ringgit pada masa depan,terutamaapabila ringgit masih dianggap sebagai nilai rendah," katanya.

Sejajar dengankenaikan ketara ringgit baru-baru ini, Mohd Afzanizam berkata mungkin sedikit masa diperlukanuntuk menembusi paras sokongan semasa kerana tindakan peserta pasaranmengeluarkan sebahagian daripada keuntungan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...