Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Ekoran Pengambilan Untung
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Ekoran Pengambilan Untung

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Ekoran Pengambilan Untung

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) — Ringgit menurun daripada kenaikan minggu lepas untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isninberikutan pengambilan untung, kata penganalisis.

Pada 6 petang ringgit susut kepada 4.4500/4580 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4280 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan kini berada dalam keadaan terlebih beli susulan kenaikan baru-baru ini.

“Ringgit lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama dan serantau hari ini apabila kalangan peniaga mengambil sejumlahkeuntungan,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata paras sokongan dan rintangan dolar AS/ringgit masing-masing pada RM4.4005 dan RM4.4960.

Mohd Afzanizam berkata peserta pasaran sedang memantau data inflasi yang akan datang di AS terutama Indeks Harga Pengguna bagi Julai yang akan dikeluarkan pada Rabu dan Indeks Harga Pengeluar pada Selasa.

Peserta pasaran juga sedang menunggu petunjuk baharu minggu ini iaitu data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 yang akan diumumkan pada Jumaat.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...