Monday , 23 December 2024
Home Pasaran Ringgit Ditutup Lebih Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengambilan Untung
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengambilan Untung

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Livevartha) — Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar ASpada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat dengan ketara pada awal minggu, dan berhati-hati menjelang pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) esok, kata penganalisis.

Mata wang tempatan berkurangan kepada 4.1430/1485 berbanding 4.1275/1310 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diniagakan pada RM4.1518 semasa sesi pagi, kemudiannya mengukuh kepada RM4.1202 sebelum bergerak lebih rendah kepada RM4.1425 menjelang akhir dagangan.

Ringgit turut susut berbanding mata wang utama lain, termasuk pound Britain, yen Jepun dan dolar Singapura. Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat hari ini, berlegar pada sekitar 100.926 mata.

“Semangat terhadap langkah rangsangan China dilihat semakin pudar, menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap mata wang selamat seperti dolar AS. (Sehubungan itu) ringgit juga berada dalam kedudukan terlebih beli, membawa kepada aktiviti pengambilan untung,” katanya kepada Livevartha.

Pada masa ini, beliau melihat paras rintangan dan sokongan masing-masing pada RM4.0728 dan RM4.2128 berbanding dolar AS.

Afzanizam berkata pasaran akan turut memantau data utama sepertiPCE AS yang akan diumumkan pada Jumaat. Pasaran menjangkakan indeks harga PCE akan terus menyederhana kepada 2.3 peratus pada Ogos daripada 2.5 peratus pada Julai.

“Setakat ini, penurunan kadar AS masih kukuh untuk mesyuarat pada November yang berkemungkinan sekitar 25 hingga 50 mata peratusan berdasarkan niaga hadapan kadar faedah,” katanya.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...