Home Pasaran Ringgit Ditutup Kukuh, Catat Prestasi Terbaik Di Asia Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Kukuh, Catat Prestasi Terbaik Di Asia Berbanding Dolar AS

Ringgit Ditutup Kukuh, Catat Prestasi Terbaik Di Asia Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 4 Sept(Livevartha) — Ringgit melantun semula daripada penurunan tiga hari berturut-turutnya untuk ditutup tinggi hari ini, muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia berbanding dolar AS, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat sebanyak0.36 peratus kepada4.3505/3560 daripada paras penutup4.3675/3705 pada Selasa.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonominya yang perlahanRizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) dijangkamemuktamadkan penurunan kadar faedahnya pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada 17-18 Sept depan.

"Terdapatkemungkinan besar kadar faedah akandikurangkan kepada 5.00 peratus.

"Dari perspektif perbezaan kadar faedah, ringgit kelihatan menguntungkan kerana Bank Negara Malaysia berkemungkinan mengekalkan OPR stabil pada 3.00 peratus," katanya kepada Livevarthasambil menambah ini akan menjadikan aset ringgit kelihatan lebih menarik kepada pelabur asing.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkatadatapeluang pekerjaan belum diisi dan tinjauan pusing ganti buruh(JOLTS) AS yang akan diumumkan malam ini juga akan dipantau rapatoleh peniaga.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali Yen Jepun.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada2.9981/3.0021 daripada paras penutup 2.9921/9943 pada Selasa, meningkat berbandingeuro kepada4.8082/8143 daripada 4.8208/8242 dan naik berbanding pound Britain kepada5.7052/7125 daripada5.7267/7306.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...