Home Pasaran Ringgit Dijangka Diniagakan Tinggi Pada Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Tinggi Pada Minggu Depan

Ringgit Dijangka Diniagakan Tinggi Pada Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Livevartha) –Ringgit dijangka diniagakan tinggi berbanding dolar AS minggu depan berikutan permintaan yang berterusan untuk mata wang tempatan itu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit berkemungkinan menembusi paras sokongan segeranya pada RM4.3030 dalam tempoh terdekat.

Beliau juga menyatakan bahawa antara data ekonomi yang akan dipantau minggu depan ialah Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia dan senarai gaji bukan ladang AS.

"Jika kita melihat kepadagandingan dolar AS/ringgit sejak tambatan mata wang dimansuhkanpada 21 Julai 2005, paras purata berada pada RM3.7875. Oleh itu, terdapat kecenderungan tinggi untuk ringgit terus meningkat kerana ringgit mungkin kembali pulih kepada purata jangka panjangnya," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, AmBank Group berkata ringgit mampumengukuh lagi pada masa hadapandisebabkan asas yang sihat serta mengambil kiralangkah Rizab Persekutuan AS untuk memulakan kitaran penurunan kadar faedahnya.

“Ini selaras dengan jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) untuk baki 2024 dan mungkin pada separuh pertama 2025, dengan itu akan mengecilkan perbezaan kadar antara OPR dan Kadar Dana Persekutuan,” katanya dalam satu nota padaJumaat.

Selain itu, ia berkata penurunankadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS tanpa kemungkinan ekonomi AS mengalami kemelesetan akan menjadi petanda baik untuk selera risiko dan iniakan membawa sedikit tarikan untuk aset pasaran sedang pesat membangun termasuk aset dalam denominasi ringgit.

“Kami melihat beberapa pembelian asing ke dalam ekuiti Malaysia sehingga 29 Ogos 2024, melonjakkan jumlah belian asing bersih kepada RM2.53 bilion pada asas tahun setakat ini. Ditambah dengan penarafan kedaulatan kredit Malaysia yang agak sihat, kami berpendapat aliran masuk portfolio ke Malaysia sepatutnya memberi petanda yang baik untuk ringgit,” katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...