Home Pasaran Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Pelabur Tumpu Pengurangan Kadar Faedah
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Pelabur Tumpu Pengurangan Kadar Faedah

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Pelabur Tumpu Pengurangan Kadar Faedah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Livevartha) — Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pelabur mengalihkan tumpuan kepada tahap dan kecepatan pengurangan kadar faedah AS akan datang, selepas yakin pelonggaran monetari akan berterusan, kata pakar ekonomi.

Pada pukul8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2845/2950 berbanding dolar AS, daripada 4.2850/2895 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua AhliEkonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata trend semasa menunjukkan Indeks Dolar AS (DXY) kekal pada paras tinggi manakala pegawai Rizab Persekutuan AS mengambil sikap berhati-hati terhadap trajektori pengurangan kadar.

“Nampaknya senario pengurangan 50 mata asas mungkin tidak dilaksanakan menerusi mesyuarat akan datang. Kita jugatidak boleh menolak sepenuhnya jeda sekejap-sekejap dalam keputusan penurunan kadar kerana Fed kekal berwaspada terhadap risiko inflasi.

"Pada masa sama, peniaga dan pasaran kecewa dengan jumlah yang disediakan untuk rangsangan fiskal yang diumumkan oleh pihak berkuasa China, menyebabkan keraguan sama ada sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)lima peratus boleh dicapai tahun ini,” katanya.

Mohd Afzanizam mengulangi bahawa pendirian Fed terhadap kadar faedah dan rangsangan ekonomi pihak berkuasa China telah menimbulkan reaksi bercampur-campur dalam pasaran.

“Ini soal tahap sokongan. Susulan itu, kami berpandanganpengelakan risiko harus stabil dan pembetulan ketara harga minyak mentah Brent daripada US$80.93 setong pada 7 Okt kepada US$77.58 setong pada masa ini sepatutnya mengurangkan kebimbangan mengenai risiko inflasi yang lebih tinggi," katanya.

Oleh itu, ringgit sepatutnya stabil dan mungkin mengalami lantunan semula selepas pembetulan ketarasejak awal bulan, katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...