Home Pasaran Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha)–Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian walaupun terdapat keputusan penurunan kadar faedah sebanyak 50 mata asas oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Pada 8.05 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2430/2600 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) semalam, Fed telah mengambil langkah untuk menurunkan kadar faedah daripada 5.25 peratus- 5.50 peratus kepada4.75 peratus- 5.00 peratus.

Beliau berkata keputusan itu tidak sebulat suaradengan seorang ahli mencadangkan penurunan yang lebih kecil sebanyak 25 mata asas.

Bagaimanapun, katanya terdapat kesepakatan mengenai keperluan kepada perubahan dalam hala tuju dasar monetari.

“Berdasarkan keputusan terkini mereka, Fed beralih kepada pendirian yang lebih neutral seperti yang dapat dilihat daripada unjuran median mereka apabila mereka menyasarkan Kadar Dana Fed untuk mencapai 4.4 peratus, 3.4 peratus dan 2.9 peratus pada akhir 2024, 2025 dan 2026.

“Fed dilihat yakin bahawa mereka mampu menguruskan ekonomi tanpa kemelesetan dan penurunan sebanyak 50 mata asas mencerminkan komitmen mereka untuk mencapai guna tenaga maksimum, merupakan mandat lain mereka selain kestabilan harga,”katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata Kadar Dana Fed jangka panjang adalah pada 2.9 peratus.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...