Home Pasaran Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 18 Bulan
Pasaran

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 18 Bulan

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 18 Bulan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Livevartha) –Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulanketika ditutup pada Isnin, didorong kebimbangan yang semakin reda terhadap potensi kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.3805/3850berbanding dolar AS, dan kadar itu merupakan prestasi terbaik mata wang tempatan dalam tempoh sejak 14 Feb, 2023.

Pada Jumaat lepas, ringgit ditutup pada 4.4295/4350 berbanding dolar AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit terus menunjukkan daya tahan dan berprestasi baik berbanding dolar AS.

Beliau berkata kadar pertukaran dolar AS/ringgit melepasi paras sokongan RM4.4005 pagi ini, meletakkan ringgit sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia.

“Lonjakan ini didorong oleh kebimbangan yang semakin reda terhadap kemelesetan di AS, dengan indikator ekonomi menunjukkan kemungkinan negara itu mengalami pertumbuhan ekonomi sederhana,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata paras sokongan seterusnya adalah pada RM4.3000.

Mohd Afzanizam berkata perkembangan penting yang perlu diikuti ialah Simposium Jackson Hole (22 Ogos) apabila kalangan kepimpinan utama bank pusat global akan bertemu untuk membincangkan isu berkaitan makroekonomi.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...