Home Pasaran Ringgit Cecah 4.4000 Berbanding Dolar AS Pada Pukul 11.32 Pagi Hari Ini
Pasaran

Ringgit Cecah 4.4000 Berbanding Dolar AS Pada Pukul 11.32 Pagi Hari Ini

Ringgit Cecah 4.4000 Berbanding Dolar AS Pada Pukul 11.32 Pagi Hari Ini

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Livevartha) — Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.

Terdahulu pada pukul 8 pagi,ringgit meningkat kepada 4.4930/5010 berbanding dolar AS daripada 4.4945/4995 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Prestasi itu merupakan kenaikan kukuh berterusan ringgit berbanding dolar AS selama 11 hari berturut-turut.

Paras tertinggi sebelum ini adalah pada 4.4000/4025 yang dicatatkan pada 14 April, 2023.

Pagi ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkatakerajaan bersyukur kerana sejak kebelakangan ini negara banyak mendapat pengiktirafan dengan merekodkan kemajuan dari segi ekonomi dan pertumbuhan termasuk pengukuhan ringgit.

“Kejayaan ini tentu kerana politiknya lebih stabil, kemudian dasar dan kerangka lebih jelas,” katanya pada perhimpunan bulanan bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...