Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Diniaga Tinggi Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniaga Tinggi Sedikit Minggu Depan

Pasaran Getah Dijangka Diniaga Tinggi Sedikit Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 17 Ogos(Livevartha) –Pasaran getah dijangka diniagakan tinggi sedikit minggu depan disebabkan hujan lebat yangberterusan di Thailand, kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata hujan itu dijangka menghalang aktiviti menoreh getah, tetapi akan membantu menyokong harga dalam keadaan permintaan yang lembap.

“Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan aktiviti monsun meningkat dan hujan lebat dalam tempoh 10 hari akan datang, dengan beberapa kawasan dijangka mengalami hujan yang lebih lebat.

"(Bagaimanapun) peniaga mungkin berhati-hati kerana penggunaan akan kekal perlahan hingga ke tahap neutral," kata Low kepada Livevartha.

Sehubungan itu, pasaran berkemungkinan kekal stabildan harga sepatutnya lebih baik kerana nampaknya tidak terdapat sebarang peningkatan dalam permintaan atau keperluan untuk lebih banyak stok, tambah beliau.

Sementara itu, seorang peniaga berkata harga getah Malaysia akan terus menjejaki prestasi pasaran hadapan getah serantau, kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)dan penanda aras harga minyak mentah di tengah-tengah keyakinan yang semakin meningkat untuk pemotongan kadar faedah ASpada September 2024.

“Pemain pasaran akan terus memantau kemas kini tentang ekonomi AS dan China, terutamanya untuk petunjuk mengenai pemotongan kadar faedah AS sambil terus mengawasi perkembangan konflik geopolitik dan prestasi ekonomi global,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM20) meningkat 10 sen kepada 785 sen sekilogram daripada 775 sen sekilogram seminggu sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...