Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Prospek Pengeluaran Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Prospek Pengeluaran Rendah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Prospek Pengeluaran Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin berikutan prospek kadar pengeluaran yang lebih rendah di negara ini, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih kukuh turut mendorong sentimen pasaran yang positif.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM3,850 satu tan dan paras rintangan pada RM4,000 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Sathia Varqa berkata, kenaikan harga minyak mentah berikutan pergolakan baharu di Timur Tengah dan isyarat jelas mengenai penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat pada September telah melonjakkan pembelian minyak sayuran.

Menurut laporan, niaga hadapan minyak kacang soya ditutup tinggi pada Isnin semasa dagangan waktu siang di Bursa Komoditi Dalian memandangkan kontrak minyak kacang soya paling aktif untuk penghantaran Januari 2025 meningkat 41 yuan (kira-kira US$5.76) untuk ditutup kepada 4,260 yuan setiap tan.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata, hasrat Indonesia yang dijangka melaksanakan mandat biodiesel B50 pada 2025 turut mempengaruhi sentimen pasaran.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 meningkat RM45 kepada RM4,021 satu tan, Oktober 2024 naik RM50 kepada RM3,966 satu tan, dan kontrak November 2024 menokok RM57 kepada RM3,924 satu tan.

Kontrak Disember 2024 naik RM55 kepada RM3,906 satu tan, kontrak Januari 2025 melonjak RM52 kepada RM3,899 satu tan, dan kontrak Februari 2025 menokok RM58 ke RM3,896 satu tan.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus...