Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Teruskan Aliran Menurun
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Teruskan Aliran Menurun

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Teruskan Aliran Menurun

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran menurun hari ini untuk ditutup kebanyakannya lebih rendah bagi hari ketiga berturut-turut di tengah-tengah petanda paras stoktinggi di dalam negara, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawitDavid Ng berkata stok minyak sawit meningkat hampir tujuh peratus pada September berikutan prestasi eksport yang lebih lemah daripada jangkaan yang menyebabkan peningkatan inventori.

“Peningkatan stok ini dijangka memberi tekanan terhadap harga pada masa depan,”katanya kepada Livevartha.

Mengikut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) eksport minyak sawit padaSeptember 2024 naik 0.93 peratus kepada1.54 juta tan metrik daripada1.53 juta tan metrik pada Ogos2024, manakala jumlah stok minyak sawit meningkat 6.93 peratus kepada2.01 juta tan metrik daripada1.88 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.

Sebaliknya, pengeluaran MSM susut3.8 peratus atau71,926 tan metrik kepada1.82 juta tan metrik padaSeptember 2024 daripada1.89 juta tan metrik pada Ogos.

Ng berkata penurunan harga minyak kacang soya juga menjejaskan sentimen pasaran.

“Kami melihat paras sokongan padaRM4,200 setan metrik dan paras rintangan padaRM4,350,” katanya.

Ketua penyelidikan komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di MumbaiAnilkumar Bagani berkata stok minyak sawit Malaysia yang berjumlah2.01 juta tan metrik pada September adalah dalam anggaran kumpulaniaitu sebanyak2.04 juta tan metrik dan lebih tinggi daripada anggaran1.88 juta-1.95 juta tan metrik.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Teruskan Aliran Menurun
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...