Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Kejatuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Kejatuhan Minyak Kacang Soya

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Kejatuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Okt(Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki kejatuhan dalam niaga hadapan minyak kacang soya diLembaga Perdagangan Chicago (CBOT) semalaman dan harga minyak mentah yang lebih rendah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Selain itu, aktiviti pengambilan untung masih berlakuyang menjadikan niaga hadapan MSM berada di bawah penjualan besar-besaran, kata Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa.

"Kebimbangan terhadap harga yang menaikselepas niaga hadapan sawit menghampiri penutupan tertinggi pada tahun inimencetuskan momentum penurunan impulsif," katanya kepada Livevartha.

Pada penutup daganganhari ini, kontrak bulan semerta Oktober 2024 berkurangan sebanyak RM20 kepada RM4,350 setan, November 2024 susut RM32 kepada RM4,312 setandan Januari 2025 jatuh RM44 kepada RM4,239 setan.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Februari 2025 dan Mac 2025 masing-masing susut RM41 kepada RM4,272 setan, RM4,207 setan dan RM4,169 setan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 95,406 lot daripada 93,051 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 248,273 kontrak daripada 251,084 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan jatuhRM50 kepada RM4,400 setan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...