Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Harga Minyak Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Harga Minyak Soya

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Harga Minyak Soya

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

Kebimbangan berterusan berkaitan prestasi eksport yang lemah turut mempengaruhi harga MSM.

“Kami melihat sokongan pada RM3,600 satu tan, tahap yang mana minat belian dijangka muncul, berpotensi menghentikan penurunan selanjutnya dan menyediakan asas untuk pasaran.

“Sebaliknya,rintangan berada pada RM3,850 satu tan, tahap berkemungkinan menyaksikan tekanan jualan dijangka meningkat, berpotensi mengehadkan keuntungan dan menjadi penghalang bagikenaikan harga selanjutnya,”katanya lagi.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 menokok RM10 kepada RM3,840 satu tan, September 2024 susut RM19 kepada RM3,760 satu tandan Oktober 2024 jatuh RM18 kepada RM3,690 satu tan.

November 2024 menurun sebanyak RM14 kepada RM3,662 satu tan, Disember 2024 adalahRM12 lebih rendahkepada RM3,657 satu tandan Januari 2025 melemah RM16 kepada RM3,665 satu tan.

Jumlah dagangan menokok kepada 55,188 lot berbanding 53,784 lot yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada222,205 kontrak daripada 222,038 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi OgosSelatanadalah RM20 lebih tinggi pada RM3,900 satu tan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...