Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Pengeluaran Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Pengeluaran Tinggi

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Pengeluaran Tinggi

David Ng

Oleh Danni Haizal Danial Donald & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu berikutan kebimbangan mengenaipeningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kekukuhan ringgi berbanding dolar AS yang telah merendahkan permintaan eksport minyak sawit turut mempengaruhi sentimen pasaran.

“Kami menetapkan sokongan pada paras RM3,850 satu tan dan rintangan pada RM4,000 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Penyelidik kargo Societe Generale de Surveillance dilaporkan menjangkakan eksport produk minyak sawit Malaysia bagi Julai sebanyak 1.49 juta tan berbanding 1.20 juta tan yang dihantar pada Jun.

Sementara itu, sebuah lagi firma penyelidikan kargo, Intertek Testing Services menjelaskan eksport minyak sawit Malaysia bagi Julai meningkat 22.8 peratus kepada 1.60 juta tan daripada 1.30 juta tan pada Jun.

Pada penutupan dagangan, kontrak bagi Ogos 2024 turun RM12 kepada RM4,028 satu tan, September 2024 susut RM7 kepada RM3,948 satu tan dan Oktober 2024 kurang RM7 kepada RM3,908 satu tan.

Kontrak bagi serahan November 2024 pula susut RM8 kepada RM3,888 satu tan, Disember 2024 menguncup kepada RM3,879 satu tan dan Januari 2025 merosotRM13 kepada RM3,880 satu tan.

Jumlah dagangan berkurang kepada 64,423 lot daripada 74,613 lot Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 221,064 kontrak daripada 220,720 kontrak.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...