Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) diBursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari inibagi hari dagangan ketiga berturut-turut disebabkan terutamanya oleh langkah India mengenakan cukai import tinggi ke atas minyak boleh dimakan.

Peniaga minyak sawitDavid Ng berkata selain itu sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.

“Kami melihat paras sokongan padaRM3,700 dan paras rintangan padaRM3,820,” katanya kepadaLivevartha.

Sementara itu ketua penyelidikan komoditiSunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM mencatatkan penurunan sedikit susulan pengukuhan pasaran percuma atas kapal minyak kacang soya Amerika Selatan dan pemulihan harga minyak bunga matahari Laut Hitam.

Beliau berkata penyelidik kargoIntertek Testing Services mengunjurkan eksport minyak sawit Malaysia meningkat9.1 peratus bagi tempoh1-15 Sept manakalaAmSpec Agri Malaysia juga menganggarkan eksport naik10.2 peratus pada tempoh yang sama.

Pada penutup dagangan, bulan semerta Oktober 2024 turunRM62 kepadaRM3,847 setan metrik, November 2024 susutRM48 kepadaRM3,766 setan metrik danDisember 2024 berkurangan RM39 kepadaRM3,736 setan metrik.

Januari2025 susut sebanyakRM39 kepadaRM3,715, Februari2025 turunRM41 kepadaRM3,702 dan Mac2025 jatuhRM36 kepadaRM3,698.

Jumlah dagangan berkurangan kepada77,497 lot daripada121,661 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada255,163 kontrak daripada259,519 sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus...