Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup rendah pada Selasa berikutan kelemahan dalam pasaran minyaksoya Chicago, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran turut menjejaskan harga, kata Ng.

"Kami mengesan parassokongan pada RM3,650 dan rintangan pada RM3,890," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, ketua penyelidikan komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani mengaitkan prestasi pasaran itu dengan penjualan mendadak minyaksoya di Lembaga PerdaganganChicago, niaga hadapan biji sesawi Euronext semalaman dan niaga hadapan minyak sayuran China semasa waktu dagangan Asia.

“Bagaimanapun, ringgit Malaysia yang mengukuh sedikit dan pemulihan menaik dalam pasaran tenaga dan pasaran ekuiti Asia menyuntik sedikit keyakinan dalam minyak sawit.

"Niaga hadapan dilihat pulih daripada penjualan besar-besaran, tetapi ia kekal dalam wilayah negatif," katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak Ogos 2024 turun RM101 kepada RM3,829 satu tan, September 2024 susut RM73 kepada RM3,778 satu tan, dan Oktober 2024 merosotRM82 kepada RM3,705 satu tan.

Kontrak November 2024 susut RM80 kepada RM3,671 satu tan, Disember 2024 turun RM76 kepada RM3,662 satu tan, dan Januari 2025 merosot RM68 kepada RM3,668 satu tan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...