Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Sept(Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat disebabkan meningkatnya kebimbangan terhadap permintaan yang lemahuntuk komoditi itu, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen itu juga dipengaruhi oleh jangkaan meningkatnya pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang yang akan memberi tekanan ke atas harga.

"Kami mendapati paras sokongan pada RM3,750 setan dan paras rintangan pada RM3,900 setan," katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 jatuh RM90 kepada RM3,930 setan, Oktober 2024 susut RM26 kepada RM3,909 setan dan November 2024 menurun sebanyak RM38 kepada RM3,814 setan.

Kontrak Disember 2024 merosot RM35 kepada RM3,775 setan, Januari 2025 susut RM32 kepada RM3,754 setan dan Februari 2025 jatuhRM33 kepada RM3,743 setan.

Jumlah dagangan bagaimanapun melonjak kepada 121,661 lot daripada 83,404 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 259,519 kontrak daripada 247,627 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagiSeptember Selatan jatuhRM20 kepada RM4,010 setan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus...