Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah Susulan Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah Susulan Pengambilan Untung

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah Susulan Pengambilan Untung

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

Penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Sathia Varqa memberitahu Livevartha, ringgit yang lebih lemah menyebabkan niaga hadapan MSM dalam aktiviti pengambilan untung pada akhir sesi dagangan.

Peniaga minyak sawit David Ng pula berkata MSM tidak meneruskan peningkatan sebelumnya berikutan harga minyak mentah dan minyak kacang soya yang lebih lemah telah menjejaskan sentimen hari ini.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,280 satu tan dan rintangan pada RM4,400 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan hari ini, kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat RM87 kepada RM4,370 satu tan manakala November 2024 rendah RM41 kepada RM4,344 dan Disember 2024 berkurangan RM32 kepada RM4,283.

Sementara itu, kontrak Januari 2025 dan Februari 2025 masing-masing susut RM30 kepada RM4,248 dan RM4,210.

Jumlah dagangan merosot kepada 93,051 lot daripada 99,963 pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 251,084 kontrak daripada 252,079 sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Selatan Oktober merosot RM30 kepada RM4,450 satu tan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah Susulan Pengambilan Untung
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...