Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Lemah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lemah Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lemah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Livevartha) —Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan pada kecenderungan menurun minggu depan, selepas menyaksikan permintaan yang agak lemah baru-baru ini, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng menjelaskan selain penurunan permintaan dari China dan India,MSM turut terjejas oleh kejatuhanharga minyak kacang soya.

“Oleh itu, harga MSM dijangka bergerak antara RM3,750 dan RM3,920,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies,Jim Teh meramalkan MSM akan didagangkan lebih rendah minggu depan berikutan stok yang agak tinggi, mengukuhkan laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) terkini,yang mendedahkan bahawa stok minyak sawit Malaysia meningkat kepada 1.83 juta tan pada Ogos 2024.

“Walaupun wujud permintaan lemah dari China dan India, permintaan fizikal masih datang dari Pakistan, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah serta negara-negara Timur Tengah,””katanya.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta September 2024 turun RM50 kepada RM3,950 satu tan, Oktober 2024 lebih rendah sebanyak RM26 kepada RM3,909 dan November 2024 susut RM84 kepada RM3,814.

Kontrak Disember 2024 merosot RM116 kepada RM3,775 setan, Januari 2025 jatuh sebanyak RM123 kepada RM3,754 dan Februari 2025 berkuranganRM128 kepada RM3,743.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 422,487 lot berbanding 305,672 yang disaksikan semasa minggu sebelum ini, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 259,519 kontrak daripada 232,403.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...