Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Pada Kecenderungan Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Pada Kecenderungan Menurun Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Pada Kecenderungan Menurun Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan padakecenderungan menurun minggu depan, dan harga mungkin dalam julatRM3,650 hinggaRM3,850 satu tan, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng memberitahu Livevartha, jangkaan itu dipengaruhi olehkebimbangan mengenaipeningkatan pengeluaran serta kadar eksport yang lembap.

Inventori minyak sawit di Malaysia dilaporkan mungkin susutbagiJulai, untuk kali pertama selepas meningkat selamatiga bulan berturut-turut.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dijadual mengeluarkan laporan mengenai paras stok dan prestasieksport bagi Julai pada Isnin ini.

Sementara itu, Peniaga Minyak Sawit Kanan Interband Group of CompaniesJim Tehmenjangkakan pasaran mengalami turun naik berulang, mencatatkan dagangan di antara RM3,600 dengan RM3,700 satu tan sebelum laporan MPOB dikeluarkan.

Beliau berkatapermintaan fizikal dari China, India, Pakistan, Timur Tengah, negara-negara Kesatuan Eropah, dan Amerika Syarikat kekal stabil.

Berasaskan mingguan, kontrak bagi serahan Ogos 2024 ditutup rendah apabila merosot RM190 kepada RM3,831 satu tan pada Jumaat, manakalaSeptember turunRM169 kepada RM3,803 satu tan.

Oktober 2024 menguncup RM171 kepada RM3,746 satu tan, November 2024 kurang RM158 kepada RM3,723 satu tan, Disember 2024 susut RM142 kepada RM3,717 satu tan, dan Januari 2025turun RM122 kepada RM3,726 satu tan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...