Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Didagangkan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Didagangkan Berhati-hati Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Didagangkan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 17 Ogos(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dalam mod berhati-hati minggu depan.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga niaga hadapan MSM mungkin berada pada kecenderungan menurun antara RM3,600 dan RM3,750 satu tan, sejajar dengan pasaran minyak kacang soya yang lemah.

“Situasi lebihan bekalan dalam pasaran kacang soya telah menjejaskan hargadisebabkan oleh kadar penanaman yang tinggi di Amerika Selatan”katanya kepada Livevartha.

Dari Jumaat ke Jumaat,bulan semerta baharu September 2024 meningkat RM45 kepada RM3,872 satu tan, Oktober 2024 menokok RM6 kepada RM3,752 satu tan, manakala November 2024 susut RM42 kepada RM3,681 satu tan.

Disember 2024 menyaksikan penurunan sebanyak RM58 kepada RM3,659 satu tan, Januari 2025 lemah RM73 kepada RM3,653 satu tan, manakala Februari 2025 berada padaRM3,655 satu tan.

Kontrak Ogos 2024 berakhir Khamis pada harga RM3,890 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 312,466 lot daripada 427,161 manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 225,277 kontrak daripada 278,122 yang dicatatkan pada minggu sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Selatan Ogos melonjak sebanyak RM20 kepada RM3,920 satu tan daripada RM3, ,900.

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 24 April(Livevartha) — Kontrak...

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 April(Livevartha) –Bursa Malaysia meneruskan...

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Ketika Harga Minyak Mentah Stabil
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Ketika Harga Minyak Mentah Stabil

Oleh Rosemarie Khoo KUALA LUMPUR, 24 April (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia...

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...