Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Akhiri Penurunan Tiga Hari Berturut-turut Untuk Ditutup Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Akhiri Penurunan Tiga Hari Berturut-turut Untuk Ditutup Tinggi

Niaga Hadapan MSM Akhiri Penurunan Tiga Hari Berturut-turut Untuk Ditutup Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat apabila kebimbangan terhadap eksport yang lebih kukuh dalam beberapa minggu akan datang telah menyokong sentimen jangka masa terdekat, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan pengeluaran yang lebih rendah pada minggu-minggu akan datang turut membantu menaikkan harga.

“Jangkaan eksport yang lebih kukuh dan pengeluaran lebih rendah pada minggu-minggu akan datang berkemungkinan menyebabkan stok keseluruhan lebih rendah di negara ini, yang positif untuk harga.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM4,230 satu tan dan rintangan pada RM4,450 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada Khamis, Lembaga Minyak Sawit Malaysia menjelaskan eksport minyak sawit pada September 2024 meningkat 0.93 peratus kepada 1.54 juta tan daripada 1.53 juta tan pada Ogos 2024, manakala jumlah stok minyak sawit meningkat 6.93 peratus kepada 2.01 juta tan daripada 1.88 juta tan.

Sebaliknya, pengeluaran MSM merosot 3.8 peratus atau 71,926 tan kepada 1.82 juta tan pada September 2024 daripada 1.89 juta tan pada Ogos.

Pada penutupan, Oktober 2024 kurang RM67 kepada RM4,283 satu tan, November 2024 menokok RM116 kepada RM4,385 satu tan, Disember 2024 menambah RM117 kepada RM4,350 satu tan, Januari 2025 meningkat RM119 kepada RM4,315, Februari 2025 menokok RM111 kepada RM4,278 dan Mac 2025 naik RM101 kepada RM4,240.

Jumlah dagangan merosot kepada 99,963 lot daripada 108,838 lot semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 252,079 kontrak daripada 251,551 kontrak.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus...