Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Hadapan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Hadapan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Hadapan

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 10 Ogos(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati pada minggu hadapan seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Pengarah urusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata pihaknya menjangkakan pasaran globaltermasuk bursa tempatan akan sangat sensitif terhadap keadaan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan mungkin melebihi daripada data tempatan.

"Jadi, walaupun ujian paras 1,600 pada FBM KLCI mungkin berada dalam jangkaan, saya percaya pasaran mungkin akan beralih kepada modtunggu dan lihat,mengambil isyarat daripada trend globalterutamanya dari AS," katanya kepada Livevartha.

Innes berkata semua pihak akan tertumpu kepada sama ada Rizab Persekutuan akan campur tangan untuk menyelamatkan ekonomi jika ia merosot, mungkin dengan pemotongan kadar sebanyak 50 mata asas.

Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, kontrak bulan semasa Ogos 2024 menurun 25.5 mata kepada 1,593.5, September 2024 turun sedikit sebanyak 25.0 mata kepada 1,575.5, Disember 2024 melemah 28.5 mata kepada 1,581.0, dan Mac 2025 susut 3.3 mata kepada 1,567.0.

Pada minggu itu, jumlah dagangan menurun kepada 76,617 lot daripada 156,743 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 48,975 kontrak daripada 53,986 kontrak.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 15.0 mata kepada 1,596.05 daripada 1,611.05 minggu lepas.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...