Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Perubahan Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Perubahan Kecil Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Perubahan Kecil Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Livevartha) — Dagangan kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak seiring dengan prestasi pasaran tunai minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI mungkin kekal tidak banyak berubah dengan kecenderungan meningkat minggu depan memandangkan hala tuju pasaran tempatan bagi jangka masa panjang kekal positif.

Beliau berkata dari sudut pandang teknikal, indeks penanda aras itu meneruskan penurunan, ditutup di bawah purata pergerakan eksponen (EMA) 20 hari dan turun naik ketara pasaran akan berterusan, dengan FBM KLCI berlegar sekitar EMA 20 hari.

“Walaupun keadaan tidak banyak berubah dalam jangka masa pendek namun, aliran jangka masa lebih panjang kekal meningkat memandangkan indeks masih di atas EMA 50 hari,” katanya kepada Livevartha.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, kontrak bulan semasa Ogos 2024 meningkat 1.5 mata kepada 1,619.0; September 2024 turun setengah mata kepada 1,600.5; Disember 2024 naik 1.5 mata kepada 1,609.5 dan Mac 2025 pada 1,600.0.

Pada minggu itu, jumlah dagangan meningkat kepada 156,743 lot daripada 79,667 minggu lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 53,986 kontrak daripada 81,910 kontrak.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 1.83 mata kepada 1,611.05 daripada 1,612.88 minggu lepas.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...