Sunday , 22 September 2024
Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Disokong Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Disokong Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Disokong Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal disokong minggu depan, didorong oleh kitaran pemotongan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), peningkatan risiko geopolitik dan pilihan raya AS yang akan datang, kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata harga emas telah mengalami kenaikan yang ketara, memacu logam itu ke arah paras tertinggi.

“Ketika bank-bank pusat pasaran sedang pesat membangun terus menjauhi dolar US dan cabaran ekonomi China telah meningkatkan permintaan tempatan di Asia, emas berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan prestasinya,” katanya kepada Livevartha.

DariJumaat ke Jumaat, bulan semerta September 2024 naik kepada US$2,614.20 setiap auns troy berbanding US$2,575.00 setiap auns troy yang disaksikan pada minggu lepas.

Sementara itu, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 serta April 2025 semuanya lebih tinggi pada US$2,627.00 daripada US$2,587.30 setiap auns troysebelum ini.

Jumlah dagangan susut kepada 82 lot berbanding 85 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 44 kontrak daripada 74 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,575.35 setiap auns troy, menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 19 Sept.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 21 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Tinggi Minggu Depan Susulan Prestasi Eksport Yang Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Tinggi Minggu Depan Susulan Prestasi Eksport Yang Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Sept(Livevartha) –Prestasi eksport yang...

Ringgit Dijangka Cenderung Naik Berterusan Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Cenderung Naik Berterusan Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Sept(Livevartha) –Ringgit dijangka cenderung...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Niaga Hadapan Soya Lebih Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Niaga Hadapan Soya Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 20 Sept(Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa...