Home Pasaran Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Ucapan Pengerusi FED
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Ucapan Pengerusi FED

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Ucapan Pengerusi FED

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu dengan lebih rendah pada Jumaat berikutan kekurangan pemangkin di tengah-tengah tumpuan terhadap ucapan penting Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), Jerome Powellmalam ini, kata penganalisis.

Pada penutup, indeksFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.92 mata atau 0.36peratus kepada1,635.74 daripada 1,641.66 di akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka naik 1.67 mata kepada 1,643.33 dan bergerak dalam julat 1,633.31 hingga 1,644.44 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu888 berbanding 255 dengan 427 kaunter tidak berubah, 938 tidak diniagakan dan lapan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan susut kepada3.53 bilion unit bernilaiRM2.80 bilion daripada 3.72bilion unit bernilaiRM3.08bilion, semalam.

KetuaPenyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup lebih rendah hari ini, dipengaruhi terutamanya oleh jangkaan pelabur terhadap ucapan Powell di acara Simposium Ekonomi Jackson Hole pada 10 malam ini (waktu Malaysia).

"Acara tahunan itu adalah platform penting bagi bank pusat itu bagi menggariskan prospek ekonomi dan tujuandasarnya.

“Walaupun tiada perubahan dasar yang ketara dijangkakan selepas ucapan itu, pasaran tetap memberi tumpuan terhadap pendirianFedsusulan petunjuk CME FedWatch mengenai kebarangkalian 75.5 peratus untuk penurunan 25 mata asas kadar faedah itu pada September," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...