Home Pasaran Konflik Timur Tengah Dijangka Kekalkan Minat Terhadap Emas
Pasaran

Konflik Timur Tengah Dijangka Kekalkan Minat Terhadap Emas

Konflik Timur Tengah Dijangka Kekalkan Minat Terhadap Emas

KUALA LUMPUR, 5 Okt(Livevartha) — Aliran minat terhadap kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan kekal pada minggu depan susulanketegangan di Timur Tengah.

Bagaimanapun, sebarang unjuran kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS) boleh memberi tekanan ke atas harga logam berharga itu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas akan terus mendapat sokongan daripada faktor seperti risiko geopolitik, namun ia sebaliknya berisiko susut apabila berdepantekanan dolar AS yang kukuh.

“Oleh kerana harga emas dalam dolar AS, sebarang kenaikan mata wang itu boleh menjejaskan emas,apatah lagi jika kenaikan kadar faedah meningkatkan lagi kos pegangan aset seperti emas.

“Berikutan itu, walaupun penurunan harga emas mungkin boleh dijangkakan, kenaikannya dapat dikekang oleh pengukuhan dolar AS," katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata bagi membolehkan harga emas terus meningkat, pasaran juga perlu melihat kepada laporan gaji bukan perladangan (NFP) AS pada Jumaat.

Bagaimanapun, laporan Biro Statistik Buruh AS menunjukkan NFP di negara itu meningkat sebanyak 254,000 pada bulan September yang mengatasi jangkaan awal sebanyak147,000.

“Permintaan untuk dolar AS boleh kekal kukuh, terutamadengan risiko geopolitik yang memacu harga minyak lebih tinggi dan mengekalkan potensi keuntungan daripada emas,” katanya.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak bulan semasa baharu Oktober 2024 berada pada US$2,669.80 setiap auns troy dan November 2024 pada pada US$2,691.10 setiap auns troydaripada US$2,675.10 padaminggu lepas.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...