Home Pasaran Indeks Dolar AS Lemah, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Lemah, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Indeks Dolar AS Lemah, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Engku Shariful Azni dan Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) –Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis susulan kelemahan indeks dolar AS (DXY) yang merosot ke paras terendahnya setakat tahun ini.

Perkembangan itu, kata penganalisis, mendorong minat belian mata wang lain seperti ringgit.

Pada 8 pagi ini, ringgit meningkat ke paras 4.3615/3830 berbanding dolar AS daripada 4.3750/3830 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Penyelidikan PelaburanUOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata penurunan DXY didorong oleh pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Rabuyang menunjukkan sebahagian besar pegawai Fed menganggap pengurangan kadar utama sebanyak 0.25 mata peratusan pada mesyuarat 30-31 Julai lepas adalahpilihan wajar atau berdaya maju.

“Kenyataan ini jelas memaparkan pendirian bank pusat mengenai potensi pengurangan kadar faedah itu. Oleh itu, ringgit dijangka memulakan urus niaga pada paras lebih tinggi hari ini susulan kemerosotan DXY," katanya kepada Livevartha.

Pihak Fed dijadual mengadakan mesyuarat penetapan dasar seterusnya pada 17-18 September ini.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Biro Statistik Tenaga Kerja AS menunjukkan semakan awal senarai gaji bukan perladangan mencatat -818,000 bagi tempoh April 2023 hingga Mac 2024.

Maklumat itu senada denganpandangan bahawa pasaran tenaga kerja AS tidak kukuh seperti dilaporkan sebelum ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...