Home Pasaran Dagangan Di Bursa Malaysia Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Di Bursa Malaysia Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan

Dagangan Di Bursa Malaysia Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 5 Okt(Livevartha) — Dagangan berhati-hati dijangka berterusan di Bursa Malaysia minggu depan, didorong oleh prospek lemah terhadap ekonomi global berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun Hang Seng Hong Kong terus mencatatkan aliran meningkat, disokong oleh keyakinan terhadap langkah-langkah rangsangan China yang berterusan, kebanyakan pasaran sedang pesat membangun yang lain termasuk Malaysia, kekal lembap, mencerminkan sentimen global yang berhati-hati.

“Kami terus berhati-hati berhubung pandangan kami terhadap pasaran tempatan berikutansentimenlemah buat sementara waktu.

“Bagaimanapun, dengan penilaian yang rendah dan asas ekonomi yang stabil, kami menjangka FTSE Bursa MalaysiaKLCI (FBM KLCI) akan kekal dalam fasa konsolidasi dan dagangan jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan meningkat, menunggu peluang belian saham pada harga rendah,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata pasaran dijangka menyaksikan pergerakan meningkat yang berterusan jika indeks petunjuk pasaran tempatan berjaya melepasi paras halangan utama, terutamanya purata pergerakan eksponen (EMA) 50 hari pada sekitar 1,650.

“Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan dalam julat 1,625-1,640, yang mewakili paras sokongan dan halangan,” katanya.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkatawalaupun terdapat kenaikan dalam pasaran China, asas ekonomi masih tidak kukuh.

“Risiko geopolitik meningkat, dengan ketegangan meruncing antara Israel dan Iran telah mengganggu pasaran global. Kebimbangan mengenai konflik itu telah mendorong harga minyak mentah Brent meningkat, memberikan sokongan kepada Indeks Tenaga Malaysia,” katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...