Home Pasaran Bursa Rendah Jejaki Kemerosotan Wall Street
Pasaran

Bursa Rendah Jejaki Kemerosotan Wall Street

Bursa Rendah Jejaki Kemerosotan Wall Street

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan sentimen lemah selepas Wall Street dibuka semula dengan mencatatkan kemerosotan selepas jualan dalam saham teknologi dan bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan daripadaPMI pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat (AS) yang terkini.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.25 mata kepada 1,670.40 daripada 1,676.65 semalam.

Indeks utama dibuka rendah 14 mata kepada 1,662.65.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 588 berbanding 78, dengan 203 kaunter tidak berubah, 1,572 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 378.47 juta unit bernilai RM207.93 juta.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan menyifatkan trend penurunan disebabkan sentimen sebagai sementara.

Beliau berkata kelembapan dalam PMI pembuatan ISM, yang menunjukkan ekonomi AS lemah, akan mendorong pelabur mencari peluang pertumbuhan di luar AS berikutan penurunan kadar faedah pada September yang semakinpasti.

“Pasaran akan meningkat. Kami melihat pelabur asing membeli ringgit untuk melabur di Malaysia dengan sasaran saham dalam sektor perkhidmatan seperti utiliti dan kewangan.

“Saya masih mengunjurkan penurunan sebanyak 25 mata asastetapi jika data senarai gaji bukan ladang AS pada Jumaat ini lebih rendah daripada jangkaan, beberapa penganalisis menjangkakan kemungkinan penurunan sebanyak 50 mata asas,” katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...